Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




PRODUK & PERKHIDMATAN


1. Projek Dialog Masyarakat - Kafe Demokrasi:

        
Bagi mencapai status masyarakat madani, sivil dan beradab, memerlukan suatu kualiti masyarakat kolektif berteras kepada kekuatan ilmu. Kafe Demokrasi adalah forum santai bersiri bagi merungkai dan membuka minda orang muda (belia) dalam memainkan peranan yang aktif dalam menyuburkan literasi pendidikan demokrasi dan kewarganegaraan seterusnya pra syarat dalam menjadi negara yang maju, beradab dan bertamadun tinggi.  







2. Projek Kebajikan - ABIM Care Market (ABC Market):







ABIM Care Market (ABC Market) adalah inisiatif untuk mengumpulkan barang-barang terpakai dan diberikan atau dijual dengan harga yang sangat murah kepada golongan yang lebih memerlukan. Bagi sesiapa yang ingin menyumbangkan barangan terpakai boleh hubungi kami!
        











3. Bicara Wanita - Bicara Surah An-Nur:




Bicara Surah An-Nur adalah siri membedah surah An-Nur khas membincangkan pemberdayaan dan hal ehwal wanita dalam pandangan Islam. Bicara akan dipandu oleh seorang penceramah khas dan para wanita akan lebih menghayati peranan wanita di dalam dunia Islam.







4. Projek Makanan Percuma - Dapur HELWA:





Mahasiswa kini dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Bagi meringankan beban, Program Dapur HELWA diwujudkan iaitu projek makanan percuma kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi. 










5. Modul Pembangunan Remaja & Pendidikan Reproduktif  - Kerana Dirimu Begitu Berharaga (DERMAGA):




Modul DERMAGA ini bertujuan untuk memberi pendidikan keluarga dan masyarakat keseluruhannya agar dapat menjadi benteng kepada kebejatan sosial yang melanda ummah di waktu ini. Ini adalah satu usaha untuk menaikkan jatidiri dan maruah remaja untuk menghadapi cabaran sosial masa kini. Modul ini adalah untuk menanam nilai yang berterusan kepada golongan remaja agar yakin dengan potensi diri, membentuk sikap percaya diri dan membina kekuatan dalaman dalam jiwa mereka agar menjadi ampuh dengan ujian dan godaan yang dipersembahkan kepada mereka oleh rakan sebaya mahupun remaja yang lebih dewasa.







6. Program Ramadhan: - Kempen Seorang Sekampit Beras & Kempen Sandang Raya:




Kempen Sandang Raya (KSR):
Kempen membantu kanak-kanak membeli baju raya menjelang Hari Raya Aidilfitri.




Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB):
kempen membantu keluarga asnaf dengan bahan asas makanan menjelang Ramadan







7. Tarbiyah & Latihan:



Sepanjang minggu terdapat usrah-usrah diperingkat cawangan, daerah dan negeri Selangor untuk menjadi pertemuan mingguan, dan pengisian rohani, intelektual serta mempertautkan ukhuwwah ahli-ahli. Siri-siri Latihan juga diadakan untuk mempertingkatkan kemahiran dan kualiti ahli dalam menjalankan usaha dakwah. Sila hunungi wakil daerah atau cawangan untuk sertai! Klik disini.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR