JARINGAN & AGENSI


1. Sekolah Masa Hadapan - Darul Ummah: Akademi & Tahfiz (DU:AT) (klik di sini)




DU:AT adalah pendidikan alternatif sekolah rendah yang Islamik, kontemporari, dan seiring dengan keperluan generasi abad ke-21. Skop pendidikan DU:AT menumpukan kepada komponen tahfiz, komponen akademik, serta komponen nilai dan kemahiran. Untuk pendaftaran: klik bit.ly/duat2018








2. Kompleks Pendidikan Integrasi - Kompleks Darul Ummah (KDU) (klik di sini)



Kompleks Darul Ummah merupakan institusi pendidikan menyeluruh yang unik. Ianya menggabungkan secara sepadu pendidikan akademik dan agama. Kesepaduan ilmu ini akan melahirkan insan akademis dan aktivis yang bertaqwa.


Cadangan merupakan kompleks pendidikan Islam yang mengandungi pembangunan seperti Ma’ahad Tahfiz Sains , Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah, Rumah Anak-anak Yatim Darul Hannan, Pesantren Warga Tersayang Pondok An-Nur dan Pusat Latihan Dakwah. Ingin menyumbang?: Klik di sini.




3. Pusat Interaksi Belia - Adab Youth Garage (AYG) (klik di sini)



AYG merupakan sebuah platform komuniti setempat yang dikelola oleh pekerja belia sepenuh masa dengan membawa konsep lepak kepada golongan muda untuk membentuk generasi beradab dan mandiri 

AYG adalah satu inisiatif inovasi sosial yang unik dalam menyediakan tempat lepak yang kondusif, sekaligus membina suasana yang baik dan membina potensi belia setempat terutama dalam masyarakat berpendapatan rendah. Ini akan mengubah masyarakat setempat dengan kesan jangka panjang kerana pusat ini menjadi sistem sokongan belia dan mewujudkan sausana kondusif dan yang baik untuk anak muda berkembang. 





4. Rumah Perlindungan Wanita dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah (DARWA) (klik di sini)



DARWA ditubuhkan untuk memberi perlindungan sementara, sokongan moral dan pemulihan dari segi akidah, emosi dan spiritual kepada kaum wanita Islam di seluruh Malaysia

Ia terletak di Bandar Puteri, Klang dan telah bermua operasi pada September 2008 dan bernaung dibawah ABIM Selangor. Ingin membantu? Klik di sini.





5. Pendidikan Islam - Islamic Outreach ABIM Centre Negeri Selangor (klik di sini)


Penubuhannya bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah tentang pesanan agama Islam dan menghayati Islam sebagai  panduan dan cara  hidup khususnya kepada golongan Muslim dan bukan Muslim tempatan atau luar negara.Pendekatan IOA Centre lebih menekankan penyampaian dakwah menerusi kelas bimbingan dan perbincangan dua hala. 

Antara produk utama IOA Centre ialah Masjid Tour Guide (MTG) yang kini telah bertapak di masjid-masjid utama seluruh Malaysia dan telah menjadi badan yang diberi kepercayaan oleh pengurusan masjid dan Majlis Agama Negeri untuk menjadi pemandu pelancong sekaligus mempromosikan Islam kepada mereka. Selain itu turut dijalankan program Ziarah Hospital, Pembangunan Orang Asli, Kursus Perkahwinan dalam Bahasa Inggeris dan kelas-kelas bimbingan agama.

Yayasan Takmir diamanah dan diberi tanggungjawab oleh ABIM, untuk merancang, memantau, mengurus, menyelaras dan mempastikan semua institusi Pendidikan ABIM, yang terdiri daripada tadika Islam (TASKI), sekolah tahfiz (TAHFIZ), Sekolah Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI) berada pada landasan yang betul dan tepat, selaras dengan citi-cita dan hasrat falsafah Pendidikan Islam. YTP merupakan payung kepada semua intitusi pendidikan ABIM.

Di Selangor kita mempunyai 54 buah TASKI, 4 buah TAHFIZ, dua buah SERI dan satu buah SEMI.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR